Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Lions kalah 2-1, tetapi kekal positif

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



DUA gol awal menjadi punca kekalahan Singapura dalam perlawanan persahabatan menentang Republik Kyrgyz di Kelab Sukan dan Kebudayaan Al-Hamriyah malam kelmarin.



Gol tandukan Aizar Akmatov pada minit ketiga dan percubaan jarak dekat Ernist Batyrkanov pada minit kesembilan berjaya membuat pasukan yang digelar 'White Falcons' itu muncul juara.



Meskipun gagal mempertahankan gol pada permulaan permainan, anak buah Tatsuma Yoshida cuba mengawal permainan dan berjaya menjaringkan gol menerusi kapten Shahdan Sulaiman pada minit ke-20.



Shahdan menanduk masuk gol daripada tandukan Safuwan Baharudin selepas rutin sepakan sudut yang baik daripada Gabriel Quek.



Jurulatih Tatsuma mengakui bahawa pasukan lawan lebih cekap dalam babak awal perlawanan itu.



"Tempoh 15 minit pertama agak membazir bagi kami. Walaupun mereka lebih cekap dan memulakan permainan dengan baik, pemain kami perlu menyesuaikan diri dengan tahap itu (dan mengatasinya dengan lebih baik lagi)," kata jurulatih asal Jepun itu.



Pemain tengah Song Uiyoung, yang membuat penampilan pertama menyarungi jersi Singapura, hampir menyamakan kedudukan dengan tandukan beliau pada minit ke-38. Namun, penjaga gawang Erzhan Tokotaev menepis percubaannya itu dan bola terkena tiang gol.



Selain Song, Tajeli Selamat, Amy Recha dan Nur Adam Abdullah juga membuat penampilan pertama bagi Singapura dalam perlawanan itu.



Singapura juga menunjukkan prestasi yang baik pada babak kedua dan Tokotaev dilayang kad merah selepas melakukan kesalahan berbahaya terhadap Hami Syahin pada minit ke-54.



Meskipun cuba menimbun tekanan ke aras pihak lawan, The Lions gagal menyamakan kedudukan.



Bagaimanapun, Tatsumi percaya anak buahnya boleh memperbaiki permainan mereka.



"Dari segi peningkatan, saya rasa kami perlu mempunyai kawalan permainan yang lebih baik. Kami sebenarnya mampu memberi saingan yang lebih baik lagi," ujar beliau dengan positif.



Safuwan, yang pernah menyarung jersi negara sebanyak 97 kali, tetapi membuat penampilan pertama dalam dua tahun, juga enggan memikirkan perkara negatif daripada perlawanan itu.



"Ia bukan untuk mendapat keputusan tetapi mendapatkan momentum setelah lama tidak beraksi dalam perlawanan antarabangsa.



"Terutamanya bagi saya, untuk kembali selepas dua tahun, memberikan perasaan yang luar biasa tetapi saya fikir masih banyak usaha perlu dilakukan," kata pemain Selangor yang beraksi dalam Liga Super Malaysia itu.



Skuad Singapura juga akan beraksi tanpa kapten Hariss Harun dalam perlawanan persahabatan kedua menentang Maghribi Selasa nanti. Beliau dijangkiti Covid-19 dan tidak menyertai skuad di Dubai.



Seorang lagi pemain, Hafiz Nor, juga tidak ke sana. Beliau dikenakan perintah mengasingkan diri selepas seorang anggota keluarganya dijangkiti Covid-19, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



The Lions berada di Dubai selama 10 hari sebagai persiapan bagi kempen AFF Suzuki yang bakal berlangsung pada 5 Disember nanti, apabila ia bertemu Myanmar di Stadium Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >