Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII akhiri kempen di padang sendiri dengan kekecewaan

Jun 21, 2014 | 09:41 PM



PASUKAN pimpinan Fandi Ahmad, LionsXII, mengakhiri kempennya di padang sendiri dalam Liga Super Malaysia (MSL) musim ini dengan kekalahan apabila tewas 0-2 kepada Perak di Stadium Jalan Besar (JBS) malam tadi.


Ia juga adalah kekalahan yang ke-10 LionsXII - empat daripadanya di JBS - sepanjang musim yang mengecewakan ini.


Dengan Fandi mengharapkan kemenangan untuk penyokong yang tidak putus-putus memberi sokongan di samping memburu mata bagi menjamin tempat secara langsung ke Piala Malaysia yang bermula Ogos ini nanti, anak didiknya gagal menembusi benteng Perak - pasukan yang hanya menduduki tangga kedua dari corot liga sebelum pertarungan itu.


Kesilapan penjaga gawang LionsXII, Izwan Mahbud, yang gagal menangkap bola daripada percubaan kencang sepakan tendangan bebas pemain Perak, Marco Tulio, seawal minit ke-16 antara detik penentu perlawanan. Bola yang muntah itu disambar oleh penyerang import pasukan pelawat dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam, bagi gol pembukaan Perak.


LionsXII berusaha bangkit terutama dalam babak kedua permainan tetapi setiap percubaannya tidak menjadi termasuk peluang keemasan yang jatuh pada kaki tunggak pertahanan, Baihakki Khaizan, yang berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-53 permainan. Malangnya, percubaan Bai melambung tinggi walau hanya berdepan penjaga gawang Perak, Razi Effendi.


Namun, satu lagi kesilapan benteng LionsXII kemudian menghadiahkan peluang kepada Milan Purovic mengatasi Izwan dari jarak dekat pada minit ke-64 bagi menjamin kemenangan Perak.


Pada minit ke-75, Safuwan Baharudin berpeluang menghidupkan semula perjuangan LionsXII tetapi bola tandukan kencangnya yang kelihatan menuju sudut kanan gawang Perak itu berjaya dikuis keluar oleh Razi, yang beraksi cemerlang mengawal gawangnya.


Kekalahan itu turut bermakna LionsXII belum dapat menjamin tempatnya dalam kejohanan Piala Malaysia. Hanya 10 pasukan teratas MSL akan melayakkan diri secara langsung ke Piala Malaysia, manakala dua pasukan corot perlu melalui perlawanan penentuan - menentang pasukan di tangga kelima dan keenam dari liga 'tingkat kedua' Malaysia - Liga Perdana.


Perlawanan semalam juga adalah perlawanan terakhir di padang sendiri sebelum LionsXII menutup tirai musim ini dengan bertandang ke Terengganu menentang T-Team Rabu ini.


ANWAR YAHYA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >