Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER MALAYSIA

LionsXII atasi keletihan, bergaya tundukkan Kelantan 3-0 di JBS

Jul 06, 2015 | 10:57 AM



MUNGKIN, tindakan aneh pengadil memendekkan tempoh bertafakur seminit bagi memperingati mendiang N. Ganesan membakar semangat LionsXII.


Mungkin, kehadiran Shahdan Sulaiman yang memulakan perlawanan pertama musim ini memberi dimensi baru kepada corak permainan anak didik Fandi Ahmad.


Apa sahaja sebabnya, LionsXII mengatasi keletihan beraksi dalam bulan Ramadan bagi menewaskan Kelantan FA 3-0 dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Jalan Besar (JBS) pada malam Sabtu (4 Julai).


Faris Ramli menjaringkan dua gol sementara, Khairul Amri menjaringkan gol pertama sejak separuh akhir Piala FA dengan Terengganu dua bulan lalu.


Di Stadium Bukit Jalil Mei lalu, Faris Ramli memerlukan enam minit bagi membuka tirai jaringan semasa LionsXII menundukkan Kelantan 3-1 di final Piala FA.


Namun kali ini, beliau hanya memerlukan tiga minit bagi menjaringkan gol pertama. Penjaga gawang Kelantan Khairul Fahmi Che Mat gagal mendakap rembatan kencang oleh Safuwan Baharudin dari luar petak penalti dan Faris bertindak paling pantas bagi menyambar bola yang melantun bebas dan meleret bola ke penjuru kiri gawang.


Gol kedua dijaringkan Khairul Amri 10 minit sebelum perlawanan tamat. Menerima bola dari Faris Ramli yang cemerlang sepanjang perlawanan, Amri menewaskan pemain pertahanan dengan satu sentuhan sebelum memperdayakan Khairul Fahmi dengan rembatan kencang.


Selang tiga minit, Faris menyumbat gol keduanya dan ketiga bagi LionsXII, merembat masuk kencang bola yang bebas di dalam petak penalti.


Prestasi hambar Khairul Fahmi itu, yang turut gagal menangkap kemas dua tiga percubaan sepanjang permainan bak cerminan persembahan hambar Kelantan yang sebelum ini hanya tewas dua daripada lapan perlawanan dengan LionsXII sejak 2012.


Tanpa kapten Bahdri Radzi dan John McKay, Kelantan bergelut mencipta peluang gol dan terpaksa menanti sehingga minit ke-42 bagi membuat percubaan tepat - rembatan dari luar petak penalti oleh Iwuji Amamchi - yang ditangkap dengan mudah oleh Izwan Mahbud yang sebelum itu bak 'goyang kaki' di gawang.


Sebaliknya, LionsXII menyahut cabaran mengutip mata maksimum dan menunjukkan kemenangan di final Piala FA bukan kerana 'tuah' semata-mata; dengan menunjukkan persembahan yang bertenaga dari wisel pertama.


Memulakan perlawanan pertama sejak ditimpa kecederaan di Piala AFF Suzuki November lalu, Shahdan, yang mengambil tempat Firdaus Kasman di tengah midfield, tidak menunjukkan sebarang tanda 'karat' demi mengawal rentak permainan dengan larian bijak dan membuat hantaran mudah tetapi berkesan.


Beliau beberapa kali mencipta peluang gol, membuka laluan bagi Izzdin Shafiq dan Gabriel Quak bergilir-gilir menguji Khairul Fahmi dengan rembatan kencang dalam separuh masa pertama, adegan yang berterusan dalam babak kedua.


Sementara itu, barisan bek yang dipimpin Madhu Mohana tidak bermasalah membendung penyerang Iwuji, Erwin Fragozo dan Wan Zack Haikal sepanjang perlawanan.


Persembahan LionsXII pasti menguntum senyuman di wajah mantan pengerusi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) N. Ganesan, yang meninggal dunia Rabu lalu.


Yang pasti, di akhir perlawanan, Fandi mengorak senyuman lebar selepas pasukannya melanjutkan rekod tanpa kalah di JBS musim ini; walau kecederaan yang menimpa Izwan mengundang kebimbangan. Beliau kini mempunyai masa tiga hari bagi mempersiapkan pasukannya yang bakal bertemu Perak di JBS pada Rabu nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >