LionsXII kalahkan Selangor 2-1

Ismail Ali

DUA gol menerusi tandukan daripada tendangan sudut lewat dalam kededua separuh masa membolehkan LionsXII mencatat kemenangan sulung 2-1 ke atas Selangor dalam Liga Super Malaysia (MSL) malam tadi.

Beraksi di kubu kuat Stadium Jalan Besar dan didorong sorakan penyuntik semangat "kami mahukan gol" oleh lebih 6,000 penonton, LionsXII menjaringkan gol-golnya menerusi Shakir Hamzah pada minit ke-44 dan Khairul Amri pada saat-saat akhir masa tambahan separuh masa kedua.

Kemenangan tersebut nemberikan anak didik ketua jurulatih Fandi Ahmad tiga mata berharga dan penyuntik semangat menjelang satu lagi perlawanan besar menentang Johor Darul Takzim di Stadium Larkin Selasa ini.

Selangor cuba bangkit dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi Fitri Shazwan pada minit ke-58 tetapi gol Khairul Amri menghampakan harapan mereka.

"Untuk kalah menerusi kededua gol lewat ini amat mengecewakan," kata jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.