LionsXII kecundang di Larkin

GOL ke-10 musim ini bagi Luciano Figueroa memusnahkan LionsXII di Larkin sebentar tadi apabila pasukan tuan rumah, Johor Darul Takzim (JDT), mencatat kemenangan tipis 1-0 dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia.

Gol tersebut, yang dijaringkan pada minit ke-55 adalah ganjaran bagi pemain import tersebut yang bekerja keras dan sentiasa mengancam kubu LionsXII.

Daripada satu gerakan di sebelah kanan, S.Kunalan menolak bola ke kotak penalti LionsXII di mana pemain gantian Safee Sali melakukan 'dummy' dan membiarkannya meleret ke kaki Figueroa. Pemain import tersebut berpusing untuk mengelirukan Madhu Mohana sebelum merembat menewaskan Izwan Mahbud.

JDT, yang menguasai 55 peratus permainan, memang wajar menang. Mereka lebih banyak mencipta peluang jaringan sementara LionsXII terkial-kial untuk mencari peluang. JDT membuat sembilan cubaan ke gawang LionsXII dengan dua daripadanya menuju sasaran, sementara LionsXII pula membuat enam cubaan dengan satu yang menuju sasaran.

Bagaimanapun, anak didik Fandi Ahmad, menunjukkan semangat juang yang kental dan memaksa JDT bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

Kemenangan tersebut mengekalkan JDT di tangga teratas dengan tinggal tiga lagi perlawanan. Bagi LionsXII, mereka perlu segera bangkit daripada kekalahan itu untuk menanti kedatangan Selangor di Jalan Besar minggu depan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.