Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA MALAYSIA

LionsXII mara ke final Piala FA, selepas separuh akhir penuh drama di Terengganu

May 17, 2015 | 01:08 PM



BERLATAR kesudahan penuh kontroversi, LionsXII mencipta sejarah selepas ia melangkah ke final Piala FA buat pertama kali; mengatasi Terengganu dengan kelebihan 'gol tandang', pada malam Sabtu.


Ia tewas 3-2 kepada pasukan tuan rumah di Kuala Terengganu, tetapi mara ke final selepas menyumbat dua gol di sana dengan agregat terikat 4-4 selepas dua perlawanan separuh akhir.


Terengganu, yang dinafikan gol keempat dan kemenangan dalam masa kecederaan - kerana pemainnya didakwa berada dalam kedudukan ofsaid - mengakhiri perlawanan dengan sembilan pemain, selepas Paulo Rangel dilayangkan kad merah kerana menendang bola ke arah pembantu pengadil dan Gustavo Lopez menolak pengadil kerana memprotes keputusan itu.


Khairul Amri menjadi wira LionsXII, menyumbat kededua gol dalam tempoh 10 minit babak pertama, sementara Paulo Rangel menyumbat dua gol bagi Terengganu.


Gol terakhir Terengganu dijaringkan menerusi percubaan akrobatik oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-59


Walau LionsXII diserang bertubi-tubi dari wisel pertama, Amri berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-17, mengawal kemas hantaran tinggi dari tengah padang, sebelum kekal tenang bagi memperdayakan dua pemain pertahanan dan penjaga gawang Terengganu.


Bagaimanapun, Terengganu menyamakan kedudukan selang empat minit. Rangel, yang terlepas beraksi dalam separuh akhir pertama minggu lalu, menyumbat gol pertama menerusi tandukan yang menyelinap masuk di bawah palang gawang Izwan Mahbud, menjadikan jaringan agregat 3-2.


Dengan momentum kembali kepada Terengganu, yang mengawal 77 peratus permainan, Amri mengejutkan 40,000 penyokong hitam putih di stadium apabila beliau bergegas bangkit setelah hampir tersungkur, bagi merembat masuk bola yang melantun bebas di luar petak penalti, memberikan kelebihan agregat 4-2 kepada LionsXII.


Pengadil hampir hilang kawalan permainan di akhir babak pertama, selepas beliau membuat keputusan kontroversial; memberikan penalti kepada Terengganu selepas Rangel jatuh dalam petak penalti.


Walau Safuwan Baharudin dipersalahkan, ulang tayang televisyen menunjukkan penyerang yang berasal dari Brazil itu rebah dengan dramatik dalam petak penalti.


Rangel menyumbat penalti itu ke penjuru kanan gawang Izwan, merapat agregat menjadi 4-3. Namun gol itu mencetus tengkarah, apabila Rangel dan Izwan bertembung semasa merebut bola 'mati' di petak penalti; keadaan yang berkesudahan dengan kad kuning oleh penjaga gawang nasional Singapura itu.


Babak kedua bermula rancak, dengan Terengganu terus menguasai permainan. Gol ketiga yang dijaringkan oleh Norshahrul, dengan permainan berbaki 30 minit, menjadikan agregat 4-4; menyemarak semangat pasukan tuan rumah yang berkali-kali menguji Izwan yang perkasa mengawal gawang.


Bagaimanapun, penjaga gawang LionsXII dibolosi dalam masa kecederaan, apabila Nordin Alias menanduk bola masuk, dengan Izwan terkandas di tengah petak penalti. Namun pengadil tidak memberikan gol kerana Nordin berada dalam posisi ofsaid, dengan Nazrul Nazari pemain LionsXII tunggal di belakangnya.


Keputusan pengadil itu mendorong pemain Terengganu mengerumuni pengadil dan mencapai kemuncaknya apabila Rangel menendang bola dengan marah yang mengena pembantu pengadil; perbuatan yang mengundang kad merah dari pengadil.


Selang beberapa minit, Lopez pula diperintah keluar padang selepas beliau menerima kad kuning kedua kerana menolak pengadil.


Permainan diteruskan selepas itu, tetapi hanya untuk beberapa ketika, sebelum pengadil meniup wisel penamat


Pemain LionsXII rebah ke padang pada saat itu, dengan pengetahuan tempat di final dengan Kelantan. Yang menewaskan Pahang dengan jaringan agregat 3-2; kini menanti di Stadium Bukit Jalil minggu depan.


Menurut Fandi, tugasnya kini adalah bagi mempersiapkan pasukan bagi perlawanan itu.


"Pemain menunjukkan persembahan yang baik malam ini, terutama di bahagian pertahanan. Kini, kami perlu menumpuka perhatian bersaing dengan Kelantan yang lebih berpengalaman di final nanti," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >