Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII mara ke suku akhir selepas atasi Terengganu 2-1 di padang lawan

Nov 04, 2015 | 11:55 PM



KEHILANGAN penyerang utama dan ketinggalan pada awal perlawanan, hujan yang mencurah dan permainan yang tertangguh sekitar 30 minit gagal menyekat LionsXII daripada melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengatasi Terengganu 2-1 di Kuala Terengganu sebentar tadi.


Kededua gol LionsXII dijaringkan oleh pemain gantian. Sufian Anuar yang menggantikan penyerang Khairul Amri kerana kejang otot, menjaringkan gol penyamaan LionsXII seminit selepas Dhiyaulrahman Hasry meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-15.


Seminit sebelum tamat perlawanan biasa, Christopher van Huizen yang menggantikan Faris Ramli dalam separuh masa kedua, memastikan laluan LionsXII ke suku akhir dengann gol kemenangan.


Keputusan tersebut meletakkan LionsXII sebagai juara Kumpulan A dengan 11 mata dan bakal menentang Pahang yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan D.


LionsXII memerlukan keputusan seri sahaja untuk mara ke suku akhir, tetapi pasukan tuan rumah yang pertama meledak.


Penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan, menerima umpanan cantik daripada Gustavo Lopez, menewaskan dua pemain pertahananLionsXII sebelum menghantar bola kepada Dhiyaulrahman yang dengan tenang menyepak bola melewati Izwan Mahbud.


Bagaimanapun, sebelum sorakan penyokong pasukan tuan rumah reda, LionsXII menyamakan kedudukan. Hafiz Sujad melepasi terkaman dua pemain Terengganu sebelum menghantar bola lambung ke kotak penalti.


Kesilapan Zubir Azmi menendang bola yang lemah jatuh pada Sufian yang mempunyai masa untuk menewaskan penjaga gawang Terengganu, Sharbinee Allawee.


Hujan mula turun selepas setengah jam perlawanan berlangsung dan menjadi kian lebat selepas rehat. Bola yang ditendang tidak menuju sasaran dan permainan kededua-dua pasukan menjadi tidak menentu.


Sejurus selepas minit ke-60, pengadil memutuskan untuk menghentikan perlawanan kerana cuaca dan padang yang tidak mengizinkan. Apabila perlawanan dimulakan semula selepas 30 minit, Terengganu yang terdesak lebih banyak mengasak, tetapi van Huizen mensenyapkan penyokong mereka dengan gol kemenangan. Kedah yang menewaskan JDT II 4-2, turut menyertai LionsXII ke suku akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >