Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII pamer semangat juang hebat untuk kongsi mata dengan JDT1

Apr 11, 2015 | 09:48 PM



KATA orang, strategi bertahan terbaik ialah dengan menyerang.


Tetapi skuad muda LionsXII mempamerkan semangat bertahan yang hebat untuk mencuri satu mata apabila mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan juara bertahan Liga Super Malaysia (MSL), Johor Darul Takzim 1 (JDT1) di Stadium Jalan Besar yang berakhir baru tadi (11 April).


Kehebatan barisan penyerang pasukan pelawat yang diperkuat dua pemain import baru - 'playmaker' Pato Rodriguez dari Argentina, dan penyerang Alhaji Kamara dari Sierra Leone - menemui kebuntuan berhadapan semangat juang hebat anak didik Fandi Ahmad dengan penjaga gawang, Izwan Mahbud, mempamerkan prestasi pemain terbaik perlawanan.


Dengan JDT1, yang turut diperkukuh ayam tambatan Singapura, Hariss Harun, menguasai sebahagian besar permainan terutama dalam babak pertama, keputusan seri ini tentunya tonik perangsang bagi LionsXII menghadapi baki musim ini.


Menguasai perlawanan sejak wisel mula, JDT1 menguasai permainan babak awal dengan serangan-serangan berbahaya.


Peluang pertama jatuh pada kaki Rodriguez seawal minit ketiga wisel mula tetapi rembatannya tinggi melambung.


Hariss kemudian disajikan peluang keemasan pada minit kesembilan tetapi tandukannya daripada hantaran sepakan percuma Safiq Rahim diselamatkan dengan cemerlang oleh Izwan Mahbud.


Seorang lagi pemain import baru JDT1, Kamara, kemudian disajikan peluang keemasan terbaik untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-38 tetapi bola percubaannya yang meleret ke arah gawang sempat dikuis keluar oleh Hafiq Abu Sujad.


Kamara sekali lagi menjadi 'dalang' pasukannya apabila mensesiakan peluang 1-1 dengan Izwan pada minit ke-81. Terbukti, Izwan terlalu hebat apabila menyelamatkan pasukannya sekali lagi.


LionsXII, tanpa penyerang utama Khairul Amri yang cedera yang tempatnya diambil alih oleh Khairul Nizam, gagal membendung kelincahan permainan JDT1. Anak didik Fandi Ahmad lebih banyak mengharapkan serangan-serangan balas kilat tetapi gagal mengancam benteng pasukan pelawat.


Kemasukan Sahil Suhaimi, yang menggantikan Firdaus Kasman pada minit ke-61, menyemarakkan permainan LionsXII dengan penyerang muda berbakat nasional itu nyaris menemui sasaran apabila percubaan kencangnya melalui satu tendangan percuma tersasar sedikit.


LionsXII: Izwan Mahbud, Hafiz Abu Sujad, Zulfahmi Ariffin, Madhu Mohana, Faritz Hameed, Raihan Rahman, Izzdin Shafiq, Firdaus Kasman (Sahil Suhaimi), Nazrul Nazari (Gabriel Quak), Faris Ramli, Khairul Nizam (Sufian Anuar).


JDT1: Farizal Marlias, Asraruddin Putra, Safiq Rahim (Gary Robbat), Alhaji Kamara, Patito Rodriguez, Kunalan Subramaniam, Hariss Harun, Shakir Shaari, Amri Yahyah (S. Chanturu), Nadher Amarhan, Fadli Shas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >