Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER MALAYSIA

LionsXII raih mata pertama di tempat lawan, ikat Perak 2-2 di Ipoh

Feb 21, 2015 | 10:54 PM



LIONSXII memungut mata pertama di tempat lawan selepas mengikat Perak 2-2 dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Perak di Ipoh malam Sabtu.


Anak didik Fandi Ahmad memulakan perlawanan dengan cemerlang, dengan Khairul Amri membuka tirai jaringan - gol pertama musim ini - pada minit keempat.


Gol jaringan Amri itu mirip tendangan legenda Arsenal Thierry Henry - sepakan yang melencong masuk dari luar petak penalti.


Bagaimanapun, Chad Souza menyamakan kedudukan pada minit ke-27, merembat bola masuk dari jarak dekat selepas bola melantun ke arahnya hasil satu tendangan bebas di kawasan penjuru padang.


Pasukan tuan rumah, yang memiliki rekod kemenangan 100 peratus setakat ini mencuri gol kedua sejurus selepas babak kedua dimulakan. Seorang lagi pemain import Namkung Kwoong, menanduk bola masuk ke penjuru gawang Izwan Mahbud.


Namun penyertaaan Firdaus Kasman di babak kedua berjaya merangsang serangan LionsXII yang mula mengasak benteng tuan rumah, termasuk percubaan Gabriel Quak dari tendangan bebas yang berjaya ditampar keluar oleh penjaga gawang.


Pada minit ke-68, Firdaus membuktikan nilainya kepada pasukan apabila beliau membuat rembatan voli dengan kaki kiri dari luar petak penalti. Bola yang meluru deras ke penjuru petak penalti itu terlalu pantas bagi diselamatkan dan LionsXII mengikat jaringan 2-2, keputusan yang kekal sehingga wisel penamat.


Menurut Fandi, beliau bangga melihat persembahan anak didiknya yang tidak berhenti berjuang walau ketinggalan di awal babak kedua.


"Kami layak meraih mata tunggal ini, tetapi kami perlu memperbaiki persembahan kami, terutama ketika mempertahankan 'set-piece'," kata Fandi.


Liga Super Malaysia berehat minggu depan, digantikan dengan pusingan pertama Piala FA. Singapura bertemu dengan kelab divisyen ketiga PB Kedah di Alor Setar Sabtu depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >