LionsXII seri 0-0 dengan Felda

LIONSXII memungut mata pertama di padang lawan dalam pertandingan Liga Super Malaysia apabila seri tanpa jaringan dengan Felda United di Stadium Selayang, Selangor, malam tadi.

Pasukan pimpinan jurulatih Fandi Ahmad, yang tewas kepada Kelantan dan Perak di padang lawan bulan lalu, bagaimanapun, lebih banyak menyerang dan mempunyai satu gol jaringan Madhu Mohana tidak disahkan dalam masa tambahan separuh masa pertama gara-gara ofsaid.

LionsXII juga terlepas beberapa peluang jaringan bermula dengan tandukan penyerang Khairul Amri pada minit ke-29 yang tersasar dan percubaan pemain sayap Gabriel Quak yang melepasi palang tiga minit sebelum rehat.

Dalam separuh masa kedua, LionsXII memperoleh satu lagi peluang keemasan membuka jaringan tetapi tendangan percuma Khairul Amri terkena palang.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.