Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII tersingkir dari Piala FA

Feb 02, 2014 | 09:59 PM



SORAK gemuruh penyokong yang menjadi 'pemain ke-12' gagal membantu perjuangan pasukan di padang apabila LionsXII terkeluar di pusingan kedua Piala FA Malaysia di tangan Pahang 1-2 di Stadium Jalan Besar malam tadi.


Ia merupakan kekalahan pertama LionsXII di padang sendiri dalam 18 bulan. 


Dua gol kilat dalam babak kedua permainan memastikan pasukan bergelar 'Tok Gajah' itu mara ke pusingan suku akhir pertandingan merebut piala ini. Kemenangan semalam itu juga adalah yang kedua dicatatkan pasukan pimpinan Ronald Smith itu ke atas skuad muda bimbingan Fandi Ahmad dalam masa 15 hari. Mereka telah bertemu dalam pembukaan Liga Super Malaysia (MSL) pada 17 Januari lalu di Stadium Darul Makmur, Kuantan, dalam pertarungan yang dimenangi Pahang 1-0.


Percubaan cantik Hafiz Kamal melalui tendangan percuma pada minit ke-51 menewaskan penjaga gawang LionsXII, Izwan Mahbud. Dua minit kemudian, pemain midfield Pahang, Azidan Sarudin, bertindak cemerlang bagi gol kedua pasukannya.


Gol tunggal LionsXII juga diperolehi melalui tendangan percuma yang cantik, percubaan Safuwan Baharudin, pada minit ke-85.


Sebelum itu, penjaga gawang LionsXII, Izwan, bertindak cemerlang bagi menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi terutama dalam babak pertama permainan. Pada minit ke-18, Izwan menafikan percubaan penyerang Pahang, Fauzi Rahman, dan kemudian tandukan pemain Argentina pasukan pelawat, Matias Conti.


Izwan sekali bertindak hebat menyelamatkan gawangnya, pertama daripada Azamuddin Akil dan kemudian tandukan susulan Conti pada minit ke-32.


Peluang terbaik LionsXII pada babak pertama hanya tiba pada minit ke-44 apabila Amri menerima umpanan cantik Faritz Hameed tetapi percubaan pemain penyerang LionsXiI itu terkena tiang gol.


Fandi melakukan beberapa perubahan dalam babak kedua dengan meletakkan tunggak pertahanan, Safuwan, sebagai 'attacking midfielder' serta memasukkan penyerang Sufian Anuar dan Gabriel Quak dalam usaha mendapat gol tetapi serangan bertubi-tubi LionsXII bagi mendapatkan gol penyamaan yang dicari-cari itu tidak kunjung tiba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >