Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA MALAYSIA

LionsXII tewaskan JDTII 1-0, mara kian hampir ke suku akhir Piala Malaysia

LionsXII dahului Kumpulan A, tetapi kumpulan masih terbuka dengan Kedah dan JDTII masih berpeluang mara ke suku akhir.
Oct 17, 2015 | 09:56 PM



LIONSXII melangkah kian hampir ke suku akhir Piala Malaysia selepas ia menewaskan Johor Darul Takzim II (JDTII) 1-0 dalam perlawanan penuh aksi di Stadium Jalan Besar semalam.


Wira pasukan adalah Shahdan Sulaiman yang senyap sepanjang perlawanan, tetapi memecah kebuntuan pada minit ke-48. Tanpa memerlukan sentuhan kedua, Shadan merembat kemas umpanan dari sayap kiri oleh Shakir Hamzah ke penjuru gawang. Shakir telah meluru dari posisi bek ke sayap kiri bagi menerima umpanan Faris Ramli.


Kapten dan penjaga gawang Izwan Mahbud juga wira, selepas menyelamatkan gol pasti hasil rembatan Irfan Fazail dalam masa kecederaan.


LionsXII kini mempunyai 10 mata dan melompat ke persada Kumpulan A, dengan pusingan kumpulan berbaki satu perlawanan. Ia akan mengekalkan kedudukan ini jika Kedah gagal mengutip semua tiga mata dalam perlawanannya dengan Terengganu dalam perlawanan yang masih berlangsung di Kuala Terengganu.


Kededua pasukan mempunyai peluang menambah gol dalam perlawanan rancak dan terbuka, dengan LionsXII merintis beberapa peluang keemasan pada babak pertama.


Sahil Suhaimi, yang memulakan perlawanan kerana penyerang utama Khairul Amri cedea, bersalah kerana mensesiakan sekurang-kurangnya tiga peluang gol. Peluang terbaik tercipta seawal minit kelapan, hasil tendangan gol Izwan Mahbud yang langsung hinggap di kakinya. Namun, dengan hanya penjaga gawang JDTII di depannya, Sahil gagal menemui sasaran, percubaannya tersasar dengan gawang terkangkang luas. Beliau turut gagal menemui sasaran pada minit ke-89, selepas Christopher Van Huizen mengumpan bola dengan cantik kepadanya.


JDTII juga disajikan dengan satu peluang keemasan pada mini ke-20, hasil kesilapan barisan pertahanan LionsXII. Namun Akmal Ishak gagal menemui sasaran dari jarak 10 meter dengan hanya Izwan di depannya. Kapten nasional Singapura dan juga kapten JDTII Shahril Ishak hampir menyamakan kedudukan; dua kali dalam masa seminit di penghujung perlawanan. Namun rembatannya dari jarak dekat diselamatkan Izwan; sebelum tandukannya tersasar.


LionsXII akhirnya berjaya bertahan sehingga wisel penamat, dengan tempat di suku akhir kian dalam jangkauan.


Ia bertandang ke Terengganu bagi perlawanan kumpulan terakhir dan bergantung kepada keputusan perlawanan lain, satu mata dari perlawanan itu mungkin memadai bagi menjamin tempat di suku akhir.


LIONSXII: Izwan Mahbud (Kapten), Madhu Mohana, Hafiz Sujad (Christopher Van Huizen,min ke-66), Faritz Hameed (Al-Qaasimy Abdul Rahman, min ke-77), Izzdin Shafiq, Shahdan Sulaiman (Firdaus Kasman, min ke-50), Faris Ramli, Safuwan Baharudin, Zulfahmi Arifin, Sahil Suhaimi, Shakir Hamzah


JDT II: K Sasikumar, Baihakki Khaizan, Nicholas Delmonte, Zaquan Adha, Akmal Ishak (Shafiq Shahrudin, min ke-59), Akram Mahinan, Hasbullah Abu Bakar, Shahril Ishak (Kapten), Afiq Fazail, Ramzi Haziq, (Irfan Fazail, min ke-75), Fandi Othman (Alif Yusof, min ke-85).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >