Minggu lalu, dunia sukan dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa juara berganda Formula Satu (F1), Michael Schumacher, yang mengalami kecederaan kepala setelah terjatuh ketika melungsur salji di Pergunungan Perancis (French Alps). Kepala juara Jerman itu dipercayai terhentak batu yang turut memecahkan topi keledar yang dipakainya. Schumacher, yang sepatutnya menyambut ulang tahunnya yang ke-45 kelmarin kini berada dalam keadaan mantap, tetapi masih berada dalam keadaan 'koma-perubatan', menurut doktor. Memang sukar mengetepikan ironi ketara - juara lumba yang saban tahun bersabung nyawa di litar lumba malangnya 'dilumpuhkan' kemalangan dalam kegiatan riadah setelah bersara. Kali terakhir Schumacher berada begitu lama di hospital ialah dalam 1999, selepas beliau mengalami kemalangan berlumba di litar Grand Prix Britain di Silverstone. Sementara menanti dan berharap Schumacher pulih, BERITA MINGGU membentangkan beberapa kemalangan ngeri F1 sebelum musim perlumbaan tahun ini bermula pada Mac depan.
1999 (MICHAEL SCHUMACHER) GRAND PRIX BRITAIN