Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Litar go-kart antarabangsa pertama di Kranji

Nov 08, 2014 | 05:24 PM



SINGAPURA kini mempunyai litar go-kart tetap bertaraf antarabangsa pertama yang dibuka secara rasmi di Kelab Luma Kuda Singapura (STC) di Kranji.


Diberi nama Litar Karting KF1, ia direka Hermann Tilke yang turut mereka bentuk sebanyak 65 litar lain di seluruh dunia, termasuk di Litar Formula Satu di Shanghai, Abu Dhabi, Istanbul, Bahrain dan Texas.


Litar yang dibina dengan kos $2 juta dan dikendalikan Arina International Holding Pte Ltd (AIH) itu sepanjang 960 meter dengan kelebaran trek 7 meter bagi membolehkan pelumba go-kart mencapai kelajuan 100 kilometer sejam.


Dengan kemudahan serupa, Litar Karting KF1 adalah yang pertama di Singapura boleh mengadakan perlumbaan go-kart peringkat antarabangsa.


Litar itu juga yang pertama di dunia dengan trek dibina di bawah laluan tren MRT dekat Stesen Kranji.


Kemudahan tersebut dibuka untuk awam Rabu hingga Jumaat dari 12 tengah hari hingga 10 malam dan Sabtu hingga Ahad dari 9 pagi hingga 10 malam.


Tempahan boleh dibuat dengan datang sendiri ke litar yang terletak di sebelah Stesen MRT Kranji itu atau menghubungi talianng 8685-9798.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >