LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, berazam meneruskan falsafah bola sepak menyerang dalam usaha kelab Anfield itu mengakhiri kemarau menjulang mahkota Liga Perdana England yang pertama sejak 24 tahun lalu.
Kemenangan hebat 4-3 ke atas bekas kelab lama pimpinan Rodgers, Swansea City, kelmarin memastikan Liverpool hanya empat mata di belakang pendahulu liga selain melebarkan jurangnya kepada enam mata daripada pasukan di tangga kelima, Tottenham Hotspur, yang turut bersaing bagi empat tangga teratas untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.