Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool belasah Man City 4-1, Leicester terus menyinar untuk lompat tangga teratas liga

Nov 22, 2015 | 04:04 PM



LONDON: Manchester City mengalami kekalahan mengejut 1-4 kepada Liverpool tetapi yang lebih mengejut tentunya kejayaan pemain penyerang, Jamie Vardy, menyamai rekod jaringan Liga Perdana untuk meletakkan pasukannya, Leicester City, di tangga teratas liga lewat malam tadi (21 November).


Dalam pertarungan lewat di Stadium Etihad, City sedar mereka memerlukan tiga mata kemenangan untuk kembali sebagai pendahulu liga pada hari yang menyaksikan Liga Perdana memberi penghormatan kepada mangsa serangan pengganas di Paris baru-baru ini.


Begitupun, anak didik Manuel Pellegrini mendapati gawang mereka dibolosi tiga kali dalam 32 minit pertama permainan. Gol sendiri Eliaquim Mangala menyusuli dua gerakan cemerlang Liverpool yang disempurnakan oleh dua pemain Brazilnya, Phillippe Coutinho dan Roberto Firmino.


City bangkit dengan percubaan Sergio Aguero tetapi Liverpool mencatatkan kemenangan paling manis sejak Jurgen Klopp dilantik di Anfield dengan gol keempat jaringan tunggak pertahanannya, Martin Skrtel, sembilan minit sebelum wisel tamat.


Jadi sewajarnya Klopp begitu gembira dengan kejayaan anak didiknya.


"Rasanya begitu sempurna sekali! Pertarungan itu tidaklah sempurna tetapi ia begitu baik sekali. Para pemain kini boleh percaya bahawa mereka sebuah pasukan yang kuat daripada apa yang difikirkan orang lain," ujar pengurus Jerman itu.


Turut mendapat tumpuan tentunya penyerang England, Vardy, yang menyamai rekod bekas bintang Manchester United, Ruud van Nistelrooy, yang berjaya menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut liga semasa kemenangan Leicester 3-0 ke atas Newcastle.


Kemenangan itu meletakkan Leicester pimpinan Claudio Ranieri di tangga teratas Liga Perdana buat pertama kali dalam sejarah mereka.


Arsenal juga berpeluang melompat ke tangga teratas tetapi pasukan Arsene Wenger mensesiakannya apabila kalah mengejut 1-2 kepada West Bromwich Albion. Ia hanya kekalahan ketiga Arsenal dalam saingan liga tetapi tentunya bukan persiapan ideal apabila turun bagi pertarungan yang perlu dimenangi dalam Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb pada Selasa ini.


Chelsea meneruskan kebangkitan dan melegakan tekanan ke atas pengurus Jose Mourinho dengan hanya kemenangan keempat dalam 13 perlawanan selepas mengalahkan Norwich 1-0. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >