Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool benam Man Utd 2-0

Gol dijaringkan Daniel Sturridge dan Roberto Firmino
Mar 11, 2016 | 09:20 AM



ANFIELD: Dua gol yang dijaringkan Liverpool, setiap satu oleh Daniel Sturridge dan Roberto Firmino telah memusnahkan harapan Manchester United untuk menewaskan The Kop dalam saingan pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Eropah awal pagi tadi.



Perlawanan di padang sendiri itu telah menyaksikan anak buah Jurgen Klopp menguasai sebahagian besar perlawanan.



Sturridge menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 dan Firmino meluaskan jurang menerusi tendangan jitu pada minit ke-73.



Keadaan ini memberikan ruang lebih selesa untuk Liverpool apabila bertandang ke Old Trafford bagi pertemuan ke-2 minggu depan.



Tidak dinafikan, pasukan yang dipimpin pengurus Louis van Gaal boleh kalah lebih teruk jika tidak disebabkan ketangkasan penjaga gawangnya David de Gea.



United dilihat 'semput' dalam mencipta peluang dan ini diburukkan dengan kegagalan mereka memanfaatkan peluang yang ada.



Liverpool dan United kini berhempas pulas untuk menduduki empat tempat teratas Liga Perdana England dan tentunya kejayaan menjulang Liga Eropah akan meluaskan peluang untuk layak menyertai Liga Juara-Juara pada musim depan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >