Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool harap dapat sahkan Klopp sebagai pengurus baru jelang hujung minggu ini

Oct 06, 2015 | 05:53 PM



LONDON: Liverpool berharap dapat mengesahkan pelantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus barunya, menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat, pada penghujung minggu ini.


Satu laporan BBC menyebut bahawa bekas jurulatih Borussia Dortmund itu menjadi pilihan utama bagi mengisi 'kerusi panas' di Anfield sekalipun seorang lagi bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, turut dipertimbangkan.


Pengurus asal Jerman, Klopp, 48 tahun, difahami meminati tugas mengendalikan Liverpool dengan perbincangan kededua pihak berjalan lancar.


Difahamkan Liverpool mahu mendapatkan pengurus baru bagi memimpin kelab itu bertandang ke padang Tottenham Hotspur pada 17 Oktober ini.


Sehubungan itu, Brendan Rodgers kelmarin mengatakan bahawa beliau "sungguh kecewa" dipecat daripada tugasnya itu tetapi menghamburkan pujian kepada para pemain, kakitangan serta penyokong kelab.


"Bagi saya, tentunya saya sungguh kecewa terpaksa meninggalkan kelab ini," ujar Rodgers melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Pengurus Liga (LMA), yang mewakili para pengurus dalam bola sepak di England.


"Ia merupakan satu penghormatan dan saya menganggap diri ini bertuah diberi peluang salah sebuah kelab terkemuka bola sepak ini sejak tiga tahun lalu," tambahnya.


Di bawah bimbingan pengurus asal Ireland Utara itu, Liverpool nyaris-nyaris memenangi kejuaraan Liga Perdana pada musim 2013/2014 tetapi prestasi The Reds tidak menentu sejak itu.


Mereka menamatkan musim lalu di tangga keenam - terlepas beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah yang lumayan - dan kini sekadar menduduki yangga ke-10 dengan hanya 12 mata daripada lapan perlawanan.


Beliau akhirnya dipecat selepas pertarungan derbi dengan Everton yang berkesudahan seri 1-1 pada Ahad lalu - selang tiga tahun dan empat bulan bertugas di Anfield.


Pemecatannya itu juga akan melihat Rodgers menerima bayaran pampasan yang dijangka melebihi £5 juta ($10.8 juta). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >