LONDON: Desas-desus kian bertiup kencang bahawa Liverpool akan menjadikan bintang penyerang Bayern Munich dan Jerman, Mario Goetze, sebagai sasaran bagi mengukuhkan lagi kelab di Anfield itu pda musim panas ini.
Pengurus The Reds, Jurgen Klopp, difahami antara peminat utama penyerang senegaranya itu, malah kededuanya pernah bertugas bersama semasa Klopp memimpin Borussia Dortmund tidak lama dulu.