Liverpool nafi hubungi Ancelotti bagi gantikan Rodgers

LONDON: Liverpool menafikan ia telah menghubungi Carlo Ancelotti mengenai kemungkinan beliau menggantikan pengurus sekarang, Brendan Rodgers.

Bagaimanapun, tekanan terus dihadapi Rodgers selepas pasukannya diheret ke babak penalti oleh kelab divisyen empat Carlisle United dalam perlawanan Piala Liga pada Rabu (22 Sep).

Liverpool, yang telah gagal memenangi lima perlawanan mereka sebelum ini dalam semua pertandingan, akhirnya menang 3-2 melalui penalti di Anfield untuk mara ke pusingan keempat.

Carlisle pasukan dengan ranking paling rendah dalam pertandingan itu.

Ancelotti, johan tiga kali kejuaraan Liga Juara Eropah, mungkin tertanya-tanya apa yang telah dilakukannya hingga dikaitkan dengan sebuah kelab yang dalam keadaan teruk.

Biar apa pun faktor yang seolah-olah memaksa Rodgers keluar daripada Anfield, tarikan yang diperlukan untuk menarik seorang pengganti kelas atasan lebih sukar didapati di Liverpool. - The Times, London, The Guardian

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.