Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool tewaskan City dalam perlawanan penuh emosi

Philippe Coutinho muncul wira, menyumbat gol ketiga dalam kemenangan 3-2 ke atas Manchester City di Anfield.
Apr 13, 2014 | 11:19 PM



LIVERPOOL: Philippe Coutinho menjaringkan gol kemenangan dan paling penting dalam kerjanya di Merseyside untuk membantu Liverpool menundukkan Manchester City 3-2 dan mara setapak lagi ke arah kejuaraan liga dalam perlawanan penuh emosi di Anfield malam Ahad.


Namun Liverpool perlu menghadapi tiga perlawanan seterusnya tanpa Jordan Henderson yang dilayangkan kad merah selepas melakukan satu terkaman bahaya. Kecergasan Daniel Sturridge juga menjadi tanda tanya apabila beliau mengalami kecederaan hamstring.


Kemenangan ini bermakna pasukan Brendan Rodgers kini mendahului Liga Perdana England (EPL) dengan kelebihan lima mata ke atas Chelsea yang bertemu Swansea lewat malam Ahad dan tujuh mata di atas City.


Perlawanan bermula dengan tempoh bertafakur selama seminit untuk memperingati 96 penyokong Liverpool yang menjadi mangsa tragedi Hillsborough 25 tahun lalu.


Liverpool mengawal rentak permainan dari wisel pertama dan mendahului City 2-0 sebelum waktu rehat melalui gol-gol yang dijaringkan oleh Raheem Sterling dan Martin Skrtel.


City berjaya menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua hasil jaringan David Silva dan gol sendiri oleh Glen Johnson.


Namun Coutinho mengambil kesempatan kesilapan kapten City Vicent Kompany untuk menjaringkan gol ketiga dan kemenangan Liverpool dalam minit ke-78.


Kompany hanya mampu menyepak bola ke tengah kawasan penalti sendiri semasa satu serang balas Liverpool dan bola itu disambar Coutinho yang memperdayakan Joe Hart dengan rembatan voli ke penjuru gawang.


Peluang Liverpool untuk memenangi kejuaraannya yang pertama sejak 1990 kini berada dalam tangan sendiri. Ia perlu memenangi keseua baki lima perlawanan, termasuk pertemuan dengan Chelsea.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >