Logo istimewa SG50, Four Seasons turut 'hiasi' kereta pasukan Lotus di F1 Singapura

LOGO istimewa sambutan ulang tahun ke-50 negara atau SG50 berserta logo syarikat ikonik hotel Four Seasons akan turut menghiasai perlumbaan Formula Satu (F1) Singapura-Singapore Airlines hujung minggu ini.

Ini menyusuli satu perjanjian tajaan yang dimeterai antara pasukan F1 Lotus dengan syarikat jenama hotel mewah, Four Seasons, dan HPL Hotels & Resorts.

Logo-logo itu akan tertera pada bahagian tepi kededua kereta pasukan Lotus yang dipandu oleh Romain Grosjean dan Pastor Maldonado sepanjang F1 Singapura ini yang memasuki tahun kelapan - tahun ini tentunya lebih istimewa kerana ia jatuh sempena sambutan SG50.

"Perlumbaan F1 Singapura-Singapore Airlines ini menawarkan platform yang hebat bagi mempamerkan detik-detik penting dan bersejarah negara ini kepada penonton televisyen sejagat yang melebihi 85 juta orang yang menyaksikan perlumbaan malam F1 ini," ujar Pengerusi HPL Hotels and Resorts, Encik Stephen Lau.

"Kami teruja dapat menyertai sama acara kelas dunia ini," ujar pula Presiden Asia-Pasifik Four Seasons Hotels and Resorts, Mike Crawford.

"Bersama-sama semua hartanah kami di Singapura dan juga di Jimbaran Bay dan Sayan di Bali, dan Kuda Huraa serta Landaa Giraavaru di Maldives, kami menyertai sama perayaan hari jadi Singapura yang ke-50," tambahnya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.