Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Loh rangkul kejuaraan Masters Sepanyol Madrid selepas 27 bulan

Apr 01, 2024 | 04:13 PM



SEPANYOL: Sejurus dipintas 18-19 setelah mendahului 18-14 dalam perlawanan penentu peringkat akhir perseorangan lelaki Masters Sepanyol Madrid, Loh Kean Yew mula berasa risau mengenai keputusannya.


Sejak 27 bulan lalu, beliau gagal memenangi apa-apa meski berjaya mara ke lima final kejuaraan.

Kelihatan seperti beliau harus menyambung penantian untuk menjulang trofi lagi memandangkan pesaingnya, Toma Junior Popov, warga Perancis, belum pernah kalah dalam 12 final acara perseorangan pada tahap senior.

Namun, atlet Singapura itu bertekad mengakhiri penantian selama 833 hari untuk mengecap kejayaan sejak 2021.

Setelah bertungkus-lumus, Loh akhirnya berjaya menewaskan Popov 21-11,15-21, 22-20 di Centro Deportivo Municipal Gallur pada 31 Mac untuk menjulang trofi Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) ketiganya.

“Saya mula terbayang akan menang apabila saya mendahului 18-14 tetapi saya cuba ketepikan perasaan itu kerana ia menjejas persembahan saya,” kata Loh, yang berada pada kedudukan ke-11 dunia, lapor The Straits Times.


“Apabila saya ketinggalan 18-19, saya jangkakan keputusan yang teruk tetapi... saya tetap bersabar dan menantikan peluang untuk memenangi perlawanan ini.

“Apabila saya menang mata terakhir, saya berasa sungguh gembira dan lega kerana akhirnya saya berjaya memenangi satu lagi piala.”

Termasuk pertandingan utama dan peringkat lebih rendah, ini merupakan kemenangan kesembilan Loh dalam 20 final.

“Ada ketika saya berasa sungguh sedih dan saya tidak tahu mengapa. Jikalau saya ada jawapannya, saya tidak akan menghadapi kesukaran ini.

“Saya hanya boleh terus berusaha dan mencari jalan untuk menang. Saya mungkin akhirnya berjaya mendapatkan trofi sekian lama, tetapi perjuangan saya bermula dari titik permulaan sekali lagi,” kata beliau.

“Ia bukan hanya tentang trofi. Saya inginkannya, tetapi ia juga tentang peningkatan peribadi. Saya berharap trofi ini akan membuat saya berasa lebih yakin dan memberi motivasi kepada saya untuk lebih konsisten dalam cara dan proses permainan saya.”

Kejayaan Loh turut mendapat perhatian Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang memberi kata-kata pujian melalui hantaran beliau di Instagram.

“Untuk bersaing di tahap teratas amat sukar. Kean Yew berjaya mengawal emosinya, belajar daripada setiap kegagalan dan percaya kepada diri sendiri,” kata beliau.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong turut memberikan ucapan tahniah kepada Loh melalui siaran Instagramnya. “Kekalkan usaha yang hebat ini! Kita semua bangga untuk kamu!” ujarnya.

Loh dan rakan sepasukannya yang lain kini membuat persiapan untuk Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, pada 9 hingga 14 April.

Pengurus pasukan, Kelvin Ho Ying Chong, berharap kemenangan itu akan meningkatkan keyakinan Loh akan kemampuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >