LONDON: Pengurus Everton Roberto Martinez menyifatkan Romelu Lukaku sebagai seorang "penyerang yang sempurna" selepas pemain itu menyumbatkan golnya yang ke-19 musim ini dan membantu pasukan itu mengorak satu kaki ke final Piala Liga England dinihari semalam.
Didapatkan dari Chelsea pada 2014, penyerang Belgium itu menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dengan gol terbarunya itu membantu Everton menewaskan Manchester City 2-1 dalam pertemuan pertama separuh akhir kejohanan merebut piala ini.