MADRID: Superstar Portugal, Cristiano Ronaldo, menunjukkan ketenangan yang luar biasa untuk merembat gol penalti dalam masa kecederaan dan merintis laluan Real Madrid ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara di sini dinihari semalam.
Kesudahan pertarungan sengit itu menyaksikan Real tewas 1-3 kepada Juventus dalam pertemuan kedua timbal balas pusingan suku akhir itu tetapi melangkah ke separuh akhir dengan keputusan agregat 4-3.