RIO DE JANEIRO: Tarian samba, pertunjukan bunga api dan suasana kemeriahan karnival Brazil menyelubungi Stadium Maracana pada malam kelmarin tatkala Rio menjadi tuan rumah Sukan Olimpik yang julung kali diadakan di Amerika Selatan.
Persembahan memaparkan keindahan dan keunikan kebudayaan Brazil membabitkan ribuan sukarelawan itu membuatkan kira-kira 70,000 penonton terpaku sambil menyaksikan siaran langsung acara pembukaan sukan berprestij itu yang dianggarkan ditonton tiga bilion penduduk seluruh dunia.