ATLIT dan pegawai Muslim yang terlibat dalam Sukan SEA Singapura ini tidak perlu waswas mengenai makanan yang disediakan kerana ia telah pun mendapat pensijilan halal.
Ini setelah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melantik Warees Halal Limited (WHL) bagi menjalankan khidmat pengesahan makanan dan pembersihan di tempat-tempat tertentu, termasuk hotel dan syarikat katering.