Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER MALAYSIA

Malam hambar di Jalan Besar, LionsXII diikat 0-0 oleh Sarawak

Jun 14, 2014 | 10:17 PM



PERLAWANAN hambar yang berakhir dengan kekasaran mengikat LionsXII dan Sarawak tanpa gol dalam pertemuan tanpa taruhan di Stadium Jalan Besar malam tadi.


Rangkaian terkaman kasar yang bermula antara Shakir Hamzah dengan S Chanturu dalam minit ke-80 akhirnya menjadi kemuncak perlawanan yang tandus idea dan semangat juga oleh kededua pasukan.


Perlawanan bermula secara positif dengan LionsXII mula mengasak benteng Sarawak dari wisel pertama. Asakan itu hampir membuah hasil apabila tendangan Gabriel Quak memperdayakan penjaga gawang Fadzley Rahim tetapi berjaya dibuang keluar pemain pertahanan sebelum ia melewati garisan gawang.


Selang tiga minit, giliran Sarawak pula menguji benteng pertahanan LionsXII tetapi gol yang dijaringkan kaptennya Joseph Kalang Tie yang berada dalam posisi offside tidak disahkan pengadil.


Sarawak terus mengasak dan hampir meraih ganjaran dalam minit ke-16 apabila satu serangannya mencetus kekeliruan di petak penalti Izwan Mahbud yang berjaya meredakan keadaan. Izwan terpaksa menyelamatkan LionsXII sekali lagi pada minit ke-35 apabila beliau membuat loncatan akrobatik untuk menyelamatkan tandukan Ryan Griffiths yang sedang menuju penjuru gol.


Separuh masa pertama berakhir dengan kehampaan untuk LionsXII setelah gol yang dijaringkan Baihakki Khaizan tidak dibenarkan pengadil yang mendakwa ia terkena tangan Khairul Amri sebelum melantun ke pemain pertahanan LionsXII itu.


Separuh masa kedua bermula dengan corak yang sama, dengan Faris Ramli dan Safuwan Baharudin menguji Fadzley tetapi tidak berjaya memecah kebuntuan.


Pada minit ke-61, Khairul Amri dibentangkan dengan peluang baik untuk membuka tirai jaringan tetapi beliau gagal menemui hantaran silang Shakir Hamzah.


Perlawanan berterusan dengan kededua pasukan saling menyerang tanpa mencipta peluang gol ketara.


Namun percubaan Safuwan untuk merebut bola di udara dengan Griffiths pada minit ke-80, yang berkesudahan dengan Griffiths bergolek di padang seolah-olah memulakan tempoh permainan kasar.


Ia diteruskan oleh Chanturu dan Shakir Hamzah yang mengundang pengadil melayangkan kad kuning kepada mereka dengan beberapa terkaman kasar sebelum Chanturu digantikan oleh Robert Alberts lima minit sebelum perlawanan tamat.


Menurut Fandi Ahmad, keputusan seri itu mengecewakan kerana pasukannya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.


"Sampai bila kami boleh mengulangi kesilapan demi kesilapan tanpa belajar daripada kesilapan itu ya?" kata Fandi bertanya secara retorik di sidang media selepas perlawanan.


LionsXII yang kini memiliki 25 mata kekal di tangga kelapan, bertandang ke Stadium Selayang di Selangor untuk bertemu PKNS Selasa ini sebelum pulang ke Singapura untuk perlawanan liga terakhir di JBS menentang Perak Sabtu depan. Ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata daripada baki tiga perlawanan musim ini untuk menentukan ia layak ke Piala Malaysia tanpa perlu bersaing dalam playoff.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >