KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi, semalam berhubung kesilapan warna bendera Indonesia yang terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Dalam pertemuan itu, Khairy turut menyerahkan surat rasmi selaku penganjur Sukan SEA memohon maaf kepada seluruh rakyat dan pemerintah Indonesia.