Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City atasi West Brom untuk hidupkan peluang tipis kejar Chelsea

Mar 22, 2015 | 09:45 AM



LONDON: Manchester City menghidupkan peluangnya yang tipis untuk mempertahankan mahkota Liga Perdana England (EPL) dengan kemenangan 3-0 ke atas 10 pemain West Bromwich Albion malam tadi (21 Mac) tetapi Arsenal terus mengejarnya selepas turut memenangi perlawanannya - 2-1 ke atas Newcastle United.


Selepas dilanda kekecewaan terkeluar daripada Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu dan kekalahan dalam liga kepada pasukan kerdil, Burnley, hujung minggu lalu, City memerlukan 'bantuan' pengadil untuk kembali ke landasan kemenangan apabila pegawai perlawanan itu mengambil keputusan mengejutkan seawal minit kedua apabila melayangkan kad merah kepada pemain West Brom.


Masalahnya, pengadil tersilap orang dengan menguris Gareth McAuley, dan bukannya Craig Dawson.


Ini membuka peluang kepada Wilfried Bony - yang dijatuhkan oleh Dawson tetapi pengadil terkeliru dengan melayangkan kad merah kepada McAuley - menyumbatkan gol sulungnya dengan City sebelum Fernando dan David Silva melengkapkan kemenangan 3-0 itu dalam perlawanan ke-100 di bawah kendalian pengurusnya, Manuel Pellegrini.


Menduduki tangga kedua EPL, City kini mempunyai 61 mata daripada 30 perlawanan - tiga mata di belakang pendahulu, Chelsea, yang hanya akan beraksi malam ini menentang Hull City.


Selepas melalui minggu yang getir, Pellegrini berkata beliau lega melihat pasukannya kembali di landasan yang betul, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya di empat tangga teratas masih boleh dapat dijamin.


Arsenal di tangga ketiga kini mempunyai 60 mata. Kejayaan ke atas Newcastle di St James' Park ini adalah kemenangan keenam berturut-turut liga bagi 'The Gunners'.


Olivier Giroud menyumbatkan dua gol dalam tempoh empat minit separuh masa pertama tetapi mereka terpaksa mengharungi asakan hebat pasukan tuan rumah selepas Moussa Sissoko merapatkan jurang dalam babak kedua untuk merangkul tiga mata kemenangan berharga itu.


Penyerang muda, Harry Kane, meraikan penyertaannya dalam skuad senior England, dengan jaringan hatrik bagi membantu Tottenham Hotspur menewaskan Leicester City 4-3 dalam satu perlawanan yang rancak dan menarik di White Hart Lane.


Pasukan di tangga keenam, Southampton, turut menunjukkan prestasi baik semasa menewaskan Burnley yang kekal dalam kelompok antara tiga tangga corot liga manakala tugas sulung pengurus Belanda, Dick Advocaat, dengan kelab barunya, Sunderland, berakhir dengan kekalahan 0-1 kepada West Ham United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >