Man City benam West Brom 3-1

MANCHESTER (Britain): Manchester City berusaha menyaingi pendahulu liga perdana Inggeris, Liverpool, dengan membenamkan West Bromwich Albion 3-1 di Eastlands.

Perlawanan berlangsung pada 3 pagi tadi waktu Singapura.

Kemenangan itu bermakna pasukan pimpinan Manuel Pellegrini itu berjaya merapatkan jurang kepada enam mata sahaja, memungut 74 mata daripada 34 perlawanan berbanding Liverpool yang meraih 80 mata daripada 35 perlawanan.

Pablo Zabaleta (minit ke-3), Sergio Aguero (minit ke-13) dan Martin Demichelis (minit ke-35) semua menjaringkan gol untuk City.

West Brom menunjukkan sedikit tentangan apabila menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-16 separuh masa pertama menerusi jaringan Graham Dorrans, tetapi City kekal gagah dan menjaringkan gol ketiga kira-kira 20 minit kemudian. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.