Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City kalahkan Chelsea 1-0

Oct 01, 2017 | 01:09 PM



LONDON: Manchester City menggariskan kebolehan mereka menjuarai Liga Perdana apabila Kevin De Bruyne menjaringkan gol untuk memberi mereka kemenangan 1-0 di Chelsea, sementara Manchester United terus mengekori dengan kemenangan 4-0 di Crystal Palace pada Sabtu (30 Sep).

City kekal di tangga paling atas hasil perbezaan gol dengan United.

Kekalahan pertama Chelsea sejak kekalahan hujung minggu pembukaan kepada Burnley membuat mereka berada enam mata di belakang City di tempat keempat.

Manchester United mengambil masa tiga minit untuk Juan Mata membolosi gawang Palace. Pada  minit ke-35, Ashley Young membuat hantaran baik yang disambut oleh Marouane Fellaini bagi gol kedua United. Fellaini menambahkan jumlah gol apabila beliau menanduk masuk bola daripada sepakan percuma  Marcus Rashford pada minit ke-49.

Pada minit ke-86, Romeru Lukaku menjadingkan gol keempat United. 



Dalam perlawanan lain, Tottenham Hotspur menewaskan Huddersfield 4-0, West Ham menundukkan Swansea 1-0,  Stoke mengalahkan  Southampton 2-1,  Watford seri 2-2 di West Bromwich Albion, dan Bournemouth terikat 0-0 dengan  Leicester City. -- AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >