Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Man City menang, rebut tempat pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah

Dec 11, 2014 | 02:48 PM



ROME: Manchester City melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah bagi dua musim berturut-turut selepas ia menewaskan Roma 0-2, awal Khamis - kemenangannya yang pertama di Italy.


Samir Nazri menyumbat gol pertama dari jarak 30 meter, pada minit ke-60 sebelum Pablo Zabaleta menggandakan jaringan empat minit sebelum perlawanan tamat.


Sementara itu, pendahulu Kumpulan E Bayern Munich menewaskan CSKA Moscow demi mengesahkan kelayakan City ke pusingan kalah mati.


Pencapaian City menakjubkan, kerana pintu keluar terbuka luas bagi juara Liga Perdana England itu selepas ia gagal menang dalam empat perlawanan pertama.


Namun kemenangan 3-2 ke atas Bayern minggu lalu menyemarakkan semangat dan membuka semula peluang bagi anak didik Manuel Pellegrini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E.


Dalam aksi Kumpulan G, Schalke menjadi kumpulan terakhir menempah tempat di pusingan kedua selepas ia menundukkan NK Maribor 0-1. Pendahulu kumpulan, Chelsea, yang telah melayakkan diri ke pusingan itu menang selesa 3-1 ke atas Sporting CP di Stamford Bridge.


- AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >