Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City sahkan dapat Pep Guardiola

Feb 02, 2016 | 07:32 AM



LONDON: Selepas bertahun berusaha menarik Pep Guardiola dan spekulasi selama berbulan, Manchester City akhirnya mendapat pengurus idaman mereka.


Kelab itu mengesahkan pada Ahad (31 Jan) bahawa Guardiola, dari Sepanyol, telah menandatangani perjanjian tiga tahun, dan pengurus yang bakal meninggalkan Bayern Munich itu akan menggantikan penyandang Manuel Pellegrini akhir musim ini.


Guardiola, yang memenangi 14 gelaran bersama Barcelona dalam selama empat tahun memimpin pasukan itu, menolak lanjutan kontrak di Bayern akhir tahun lalu selepas memenangi kejuaraan Bundesliga dua tahun berturut-turut.


"Manchester City boleh mengesahkan bahawa dalam beberapa minggu kebelakangan ini ia telah bermula dan memuktamadkan rundingan kontrak dengan Pep Guardiola untuk menjadi ketua jurulatih MCFC bagi musim 2016-17 EPL seterusnya," kata kelab itu dalam satu kenyataan.


Pellegrini menamatkan sidang akhbar untuk pratonton perlawanan liga hari ini menentang Sunderland dengan berkata: "Sebelum saya selesai, saya ingin memberitahu anda saya telah bercakap dengan kelab ini dan saya akan menamatkan kontrak saya pada tarikh asal.


"Saya menandatangani bagi satu tahun lagi (pada Ogos beliau melanjutkan kontrak hingga musim panas 2017), tetapi dengan klausa bahawa kelab atau saya boleh memilih untuk tidak menggunakan itu sekarang.


"Jadi, saya selesai di sini pada 30 Jun, jadi tidak ada spekulasi.


"Kelab ini tidak melakukan apa-apa di belakang saya, saya tahu ini sebulan lalu, tetapi saya tidak fikir adalah baik untuk mempunyai khabar angin atau spekulasi mengenai perkara-perkara ini, jadi saya lebih suka menyelesaikannya hari ini, itulah sebabnya saya telah memberitahu pemain dan saya telah memberitahu akhbar.


Pengurus berusia 62 tahun itu menyertai City pada 2013 dan telah memenangi Liga Perdana dan Piala Liga sejak itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >