LIGA PERDANA ENGLAND

Man City tewas mengejut 2-1 kepada Crystal Palace, peluang pertahan kejuaraan kian tipis

HARAPAN Manchester City memelihara kejuaraan Liga Perdana England kian tipis selepas ia tewas mengejut 2-1 kepada Crystal Palace dini hari Selasa; kekalahannya yang keempat berturut-turut di stadium lawan.

Ia kekal di tangga keempat liga, sembilan mata di belakang pendahulu Chelsea, sementara Palace meloncat ke tangga ke-11 dengan kemenangan ini.

Glenn Murray menyumbat gol pertama bagi Palace pada minit ke-34, sebelum Jason Puncheon menggandakan kelebihan gol sejurus selepas waktu rehat melalui tendangan percuma yang menarik.

Yaya Toure menyumbat gol sulung bagi City 12 minit sebelum perlawanan berakhir tetapi anak didik Manuel Pellegrini gagal menyumbat gol penyamaan dan kini ia perlu segera bangkit bagi pertemuan dengan seteru jiran Manchester United Ahad ini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.