Man U adakan perbincangan 'tidak rasmi' dengan Mourinho

LONDON: Manchester United mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan wakil Jose Mourinho untuk mengukur apakah bekas pengurus Chelsea itu ingin menggantikan Louis van Gaal.

Van Gaal telah mengakui bahawa beliau kehilangan kepercayaan peminat dan dalam satu undian pada Isnin (21 Dis) oleh majalah penyokong United, United We Stand, 61 peratus penyokong berkata mereka mahu Mourinho mengambil alih sebagai pengurus United.

Dalam tinjauan lain, 85 peratus menggesa van Gaal digantikan.

United masih minat pada Pep Guardiola, tetapi mereka seolah-olah diyakinkan bahawa beliau akan ke Manchester City.

Terdapat juga sokongan kepada untuk idea agar Ryan Giggs, pembantu van Gaal, diberi tugas itu tetapi ada kebimbangan mengenai pengalaman beliau.

Ada perhubungan antara wakil Mourinho dan United dalam tempoh 24 jam Chelsea memberitahu Mourinho bahawa masanya di Stamford Bridge akan berakhir.

Namun, pelantikan Mourinho sebagai pengurus United masih belum pasti. Menurut sumber, belum ada perjanjian yang telah dicapai dan pengurus dari Portugal itu juga mahu menunjukkan rasa hormat kepada van Gaal, rakannya, sedang beliau masih mengurus United.

Bagaimanapun, dikatakan "peluang lebih daripada baik" bahawa United akan berpaling pada Mourinho jika van Gaal tidak boleh menghentikan kemerosotan yang sedang dialami United.

United tidak membela atau melahirkan sokongan pada van Gaal ditengah-tengah spekulasi tentang pemecatannya.

Beberapa pemain mempunyai kebimbangan tentang kaedah van Gaal sejak beberapa lama - ada daripadanya telah disampaikan Wayne Rooney dan Michael Carrick, kapten dan penolong kapten, bagi pihak skuad musim ini.

Dan kini semakin ramai pemain telah mula mempersoal pengurus itu secara peribadi dalam beberapa minggu kebelakangan.

United sedar Mourinho tokoh jenis berprofil tinggi yang boleh merangsang kelab dan mendatangkan dalam jangka masa pendek, tetapi mereka juga berhati-hati mengenai kelemahannya.

Terdapat keraguan tentang gaya permainannya dan rekod beliau dalam mempromosikan pemain muda lemah.

Kebimbangan itu, serta kecenderungan Mourinho mencetuskan tengkarah, cukup untuk United menolak Mourinho apabila beliau melahirkan minat dipertimbang sebagai pengganti Alex Ferguson pada 2013.

Jika United menawarkan Mourinho pekerjaan, pastinya ia akan menekankan pada beliau bahawa kelab itu mengharapkan tingkah laku lebih baik dan jaminan daripada pengurus berusia 52 tahun itu bahawa beliau memahami tradisi United. - The Times, London, The Guardian

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.