LONDON: Bintang muda Perancis, Paul Pogba, mengatakan bahawa Manchester United "mempunyai tempat yang istimewa di hatinya" selepas melengkapkan pemindahan rekod dunia ke kelab gergasi England itu lewat kelmarin.
Pogba menyertai semula kelab di Old Trafford itu - daripada kelab juara Italy, Juventus - dengan mengikat kontrak selama lima tahun, dengan pilihan melanjutkan lagi setahun, kata United.