KELAB lamanya, Manchester United, terkial-kial untuk menunjukkan prestasi konsisten sejak David Moyes menerajui pucuk pimpinan kelab itu awal musim ini.
Kegembiraan United kerana berjaya bangkit ke atas Olympiakos untuk melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pula mungkin terjejas sedikit apabila ia diundi menentang gergasi Jerman, Bayern Munich, di pusingan lapan pasukan terakhir kejohanan itu.