Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIEW SEPARUH AKHIR PIALA FA ENGLAND

Man U dan Spurs terdesak untuk 'selamatkan musim'

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Mengorak langkah bagi pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur hari ini (12 tengah malam ini), Manchester United terdesak mahu mencatatkan kemenangan dalam usaha menyelamatkan musim mereka ini.



Namun, Spurs juga sama terdesak ingin menamatkan kemarau hampir sedekad tanpa trofi di samping mengesahkan peningkatan yang dicatatkan kelab itu sejak di bawah pimpinan Mauricio Pochettino.



United kendalian Jose Mourinho mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga awal minggu ini tetapi gagal memberikan saingan hebat dalam perebutan mahkota Liga Perdana England yang dijulang musuh ketatnya, Manchester City, yang masih mempunyai baki lima perlawanan sebelum tamat musim.



United juga mengecewakan di Eropah apabila tersingkir di pusingan pertama kalah mati Liga Juara-Juara.



Kekecewaan Mourinho bertambah sejak beberapa minggu lalu menyusuli spekulasi mengenai masa depan bintang midfield pasukannya, Paul Pogba.



Kerap diketepikan sepanjang musim ini, tunggak Perancis itu membuktikan keupayaannya dengan menjaringkan dua gol semasa menunda - sekalipun untuk tempoh masa sementara sahaja - perayaan kejuaraan City semasa kemenangan 3-2 dalam 'derby Manchester' dua minggu lalu.



Pogba menyerlah lagi semasa kemenangan United 2-0 ke atas Bournemouth pada pertengahan minggu, tetapi bintang yang didapatkan United dengan bayaran £89 juta ($164 juta) itu turut menjadi sasaran kritikan semasa kekalahan mengejut 0-1 pasukan itu kepada West Brom minggu lalu - sekali gus mengesahkan kejuaraan pasukan pimpinan Pep Guardiola.



Mourinho memenangi trofi Liga Europa dan Piala Liga dalam musim pertamanya dilantik di Old Trafford, jadi sekali pun jika pasukannya berjaya mengatasi Spurs dan mara terus menjulang kejuaraan Piala FA dalam final nanti, ia masih dianggap sebagai satu 'pulangan' yang mengecewakan di kalangan penyokong pasukan yang menjangkakan kelab mereka itu dapat bersaing bagi mahkota liga.



Namun, United mempunyai sejarah hebat dalam Piala FA - muncul juara sebanyak 12 kali, hanya kurang satu di belakang Arsenal.



Spurs berada di tangga ketiga dalam senarai itu selepas muncul juara lapan kali tetapi kali terakhir kelab itu menjulang trofi kejuaraan tersebut ialah pada 1991.



Trofi terakhir Spurs pula ialah kejayaan memenangi Piala Liga pada 2008.



Menduduki tangga keempat liga, anak didik Pochettino itu juga berada dalam kedudukan baik untuk menjamin tempat ke Liga Juara-Juara musim depan - musim ketiga berturut-turut mereka akan beraksi dalam liga elit Eropah itu.



Pochettino sebelum ini kerap menegaskan bahawa kayu ukur lebih baik untuk meninjau peningkatan pasukannya ialah sekiranya mereka dapat memenangi mahkota Liga Perdana atau Liga Juara-Juara.



"Apabila kami berjaya memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, itulah detiknya anda boleh menyatakan pasukan kami telah menunjukkan peningkatan dan berada di tahap berbeza.



"Selagi sebelum itu, memenangi Piala FA atau Piala Liga... ia sesuatu yang hebat juga bagi penyokong kami tetapi ia tidak akan membawa kelab ini ke tahap yang lebih tinggi," ujar pengurus asal Argentina itu.



Satu lagi separuh akhir esok (10 malam esok waktu Singapura) menyaksikan Antonio Conte, yang dijangka meninggalkan Chelsea di penghujung musim ini, memimpin The Blues bagi pertemuan yang dianggap lebih mudah apabila menentang kelab yang terkial-kial dalam zon relegasi, Southampton. - AFP, Reuters.




JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FA



Hari ini:



Man United lwn Tottenham

Singtel TV Sal 109, 12 tengah malam ini



Esok:



Chelsea lwn Southampton

Singtel TV Sal 109, 10 malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >