LONDON: Bekas bintang midfield Manchester United, Paul Scholes, melahirkan keprihatinan mengenai masa depan kelab itu dan bimbang ia mungkin terus menjunam seperti yang dialami musuh ketat Liverpool pada 1990-an.
Scholes, yang menyarung jersi United sepanjang kerjayanya sebagai pemain dan memenangi 11 kejuaraan Liga Perdana, berpendapat pasukan dari Old Trafford itu perlu mendapatkan khidmat lima pemain utama bagi menghentikan kemerosotan prestasinya.