Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U juara Piala Liga, kalahkan Southampton 3-2

Feb 27, 2017 | 07:44 AM



LONDON: Zlatan Ibrahimovic membantu Manchester United mencapai kejuaraan utama pertama di bawah Jose Mourinho, sekali gus menghampakan Southampton apabila gol lewat bintang Sweden itu merangkul kemenangan dramatik 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Liga pada Ahad (26 Feb).



Ibrahimovic, 35 tahun, membuka jaringan di Stadium Wembley itu melalui sepakan percuma sebelum Jesse Lingard menggandakan jaringan United.



Manolo Gabbiadini mencetuskan kebangkitan mendebarkan Southampton dengan menjaringkan gol sebelum tamat separuh masa dan sekali lagi pada awal babak kedua.



Tetapi Ibrahimovic melakukan tandukan pada minit ke-87 untuk menjaringkan gol ke-26 beliau musim ini, dan memastikan Mourinho menyertai legenda United, Alex Ferguson, dan Nottingham Forest, Brian Clough, menjadi pengurus yang memenangi Piala Liga empat kali. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >