Man U kecundang lagi

SUNDERLAND: Manchester United kecundang lagi selepas ia dikalahkan Sunderland 2-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga pusingan pertama pagi tadi.

Ini merupakan kekalahan United yang ketiga berturut-turut musim ini.

Sebelum perlawanan ini, ia tewas kepada Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana England (EPL) dan Swansea City dalam Piala FA.

Sunderland pula merupakan kelab tangga bawah EPL.

Pemaian veteran United, Ryan Giggs, menjaringkan gol sendiri sebelum rakan pertahanannya Nemanja Vidic menyamakan kedudukan.

Namun, gol penalti Sunderland yang dijaringkan oleh Fabio Borini pada minit ke-65 sudah cukup memberi kemenangan manis kepada Sunderland yang bermain di tempat sendiri. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.