MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic dan Anthony Martial menjaringkan dua gol antara mereka dalam perlawanan yang menyaksikan Manchester United membenam West Ham United 4-1 dalam peringkat suku akhir Piala Liga dinihari semalam.
Meskipun tanpa pengurus pasukan Jose Mourinho yang digantung satu perlawanan, ketiadaannya itu tidak menjejas persembahan pasukannya.