Man U mulakan pramusim dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab Mexico

SEATTLE (Amerika Syarikat): Pemain yang baru didapatkan Manchester United, Morgan Schneiderlin, menemui sasaran dalam penampilihan sulungnya bagi 'The Red Devils' apabila United memulakan lawatan prumusim di Amerika Syarikat dengan kemenangan 1-0 ke atas Club America dari Mexico di sini kelmarin.

Pemain antarabangsa Perancis itu - yang berpindah ke Old Trafford dari Southampton awal bulan ini - menanduk masuk gol seawal minit kelima bagi kemenangan United di padang CenturyLink.

Pengurus United, Louis van Gaal, menurunkan tiga pemain baru United pada musim panas ini dengan formasi 4-2-3-1 yang menyaksikan Schneiderlin menerajui midfield United bersama-sama Michael Carrick.

Pemain antarabangsa Italy, Matteo Darmian, diturunkan di bek kanan manakala bintang Belanda, Memphis Depay, diberi peranan di bahagian tengah trio serangan yang diapit Ashley Young dan Juan Mata.

Kapten, Wayne Rooney, mengetui serangan United yang memulakan persiapan musim baru ini dengan kemenangan penyuntik moral itu. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.