Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U terus dibelenggu masalah penjaga gawang jelang lawan Villa

Aug 13, 2015 | 07:50 PM



LONDON: Persoalan besar masih membelenggu Manchester United sedang Louis van Gaal memilih kesebelasan utamanya menjelang perlawanan kedua musim baru Liga Perdana England (EPL) ini menentang Aston Villa esok (2.45 pagi awal pagi Sabtu waktu Singapura).


Dengan ura-ura pemindahan David de Gea ke Real Madrid menemui kebuntuan menyusuli keengganan kelab La Liga itu memenuhi harga yang dituntut United atau menyertakan pemain bek tengah, Sergio Ramos, sebahagian daripada pemindahan itu, media di Britain kini menjangkakan penjaga gawang antarabangsa Sepanyol itu akan kekal di Old Trafford musim ini.


De Gea, 24 tahun, 'direhatkan' semasa United membuka tirai musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Sabtu lalu dengan Van Gaal menyatakan spekulasi mengenai pemindahan pemain itu ke Real telah "menjejas fokusnya".


Penggantinya yang mengawal gawang pasukan dalam pertarungan itu, Sergio Romero, tidak pula mengecewakan dan dijangka mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan United di Villa Park jika De Gea dianggap belum lagi bersedia untuk diturunkan.


Dua penjaga gawang lain United, Victor Valdes dan Anders Lindegaard, sudah pun diketepikan Van Gaal atas sebab-sebab tertentu.


Dengan para penyokong United tentunya gembira melihat De Gea kekal bersama kelab itu selepas memilih pemain itu sebagai Pemain Terbaik United musim lalu, bekas penjaga gawang legenda The Red Devils itu, Peter Schmeichel, menyuarakan rasa tidak puas hatinya melihat perkara itu ditangani.


"Jika seorang pemain itu tidak lagi gembira (berada di kelab ini), ejen beliau, diri beliau dan kelab yang berminat mendapatkannya seharusnya menyelesaikannya awal-awal lagi," ujar Schmeichel yang bercakao kepada stesen radio, talkSPORT.


"Ia menyedihkan... apabila perkara seperti ini diheret sehingga musim bermula."


Apa pun masalah yang dihadapinya itu, United tidak perlu berasa gerun dengan kunjungannya ke Villa Park - memiliki rekod cemerlang tidak kalah kepada Villa dalam pertemuan liga sejak 20 tahun lalu.


Namun, dengan pasukan pimpinan Van Gaal perlu menanti sehingga 22 November untuk mencatatkan kemenangan sulung di padang lawan musim lalu, pengurus asal Belanda itu tentunya berharap beliau tidak perlu menunggu lama kali ini.


United tentunya berharap memperbaiki prestasi yang ditunjukkan semasa kemenangan 1-0 minggu lalu - itupun gol kemenangan adalah 'gol hadiah' jaringan pemain Spurs sendiri.


Antara pemain yang memikul harapan United tentunya tunggak midfield lasak yang didapatkan pada musim panas ini - Bastian Schweinsteiger - yang mendapat tepukan gemuruh apabila dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua pertarungan dengan Spurs.


Villa, yang juga memulakan kempen musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth, tentu juga berharap meneruskan permulaan baik di bawah pimpinan bekas pengurus Spurs, Tim Sherwood.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >