YEOVIL (England): Pengurus Manchester United, Louis van Gaal, memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak memperlekeh cabaran kelab kerdil, Yeovil, untuk mengelak dimalukan lagi dalam perlawanan pusingan ketiga pertandingan Piala FA malam ini.
United dijadual bertandang stadium kecil ke Huish Park dalam usaha merebut piala pertandingan buat pertama kali sejak 2004 selepas mereka menewaskan Millwall 3-0 dalam final.