Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPARUH AKHIR PIALA LIGA ENGLAND

Man Utd atasi Nottingham Forest, tempah tempat di final

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United akan bertemu Newcastle di Wembley pada 26 Februari bagi perlawanan akhir Piala Liga selepas menewaskan Nottingham Forest 2-0, lantas meraih agregat 5-0 bagi perlawanan separuh akhir.



United menang 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu di stadium City Ground, yang menyaksikan penyerang Belanda Wout Weghorst menjaringkan gol pertamanya bagi United.



Dalam perlawanan separuh akhir kedua di Old Trafford semalam, gol jaringan Anthony Martial dan Fred pada 17 minit terakhir menjaminkan tempat ke pusingan akhir Piala Liga yang pertama United dalam enam tahun.



Tiga pengurus sudah meninggalkan kelab tersebut sejak United kali terakhir memenangi piala di bawah Jose Mourinho pada 2017.



Namun di bawah pengurus Erik ten Hag, yang mengendalikan United dalam musim pertamanya, pasukan tersebut mempunyai peluang untuk mengakhiri kemarau piala.



Beliau berkata, "Saya rasa kami mempunyai skuad yang bagus jadi kami perlu menuntut dan mengawal standard yang tinggi.



"Anda perlu berikan sifat-sifat tersebut dalam setiap perlawanan. Apabila anda merupakan pemain United, anda perlu memenuhi standard sedemikian."



Ten Hag membuat enam pertukaran daripada kesebelasan yang menewaskan Reading 3-1 dalam pusingan keempat Piala FA Sabtu lalu dengan Marcus Rashford direhatkan di bangku simpanan pada babak pertama.



Kehadiran Jadon Sancho kembali dalam skuad dijangka memperkukuh jentera serangan United setelah dikecualikan daripada kesebelasan United sejak Oktober lalu disebabkan isu fizikal dan mental.



Beliau tampil bagi menggantikan Antony pada minit ke-63 dan digandingkan bersama Rashford serta Martial.



"Kami perlu lakukan banyak kompromi sepanjang musim jadi harapannya adalah mereka sedia (untuk kekal bermain).



"Jika anda ingin menang piala, anda perlukan pemain sedemikian bagi sedia (untuk bermain). Anda dapat lihat dinamik yang boleh diberikan mereka dalam padang," ujar ten Hag.



Dalam pada itu, ten Hag menerima bajet yang agak terhad dalam tempoh pemindahan Januari - United hanya mendapatkan khidmat Weghorst, Marcel Sabitzer dan Jack Butland secara pinjaman - selepas membelanjakan £200 juta ($300 juta) pada musim panas lalu.



Perlawanan lebih sukar menanti United menjelang pusingan akhir menentang Newcastle, tetapi pemain pertahanan Luke Shaw optimistik terhadap peluang menjulang piala di bawah ten Hag.



"Kami ingin kelab ini untuk kembali seperti sediakala, iaitu menang piala," ujarnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >