Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man Utd tewas 1-2 di tangan Swansea City

Aug 16, 2014 | 09:41 PM



OLD TRAFFORD: Pasukan Manchester United tewas 2-1 di tangan Swansea City, sekaligus meranapkan impian Louis Van Gaal untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan sulungnya dalam Liga Perdana England bagi musim 2014/2015 yang baru saja bermula.


Gol Swansea City dijaringkan oleh Ki Sung-Yueng pada minit ke-27 menerusi tendangan kaki kiri dari luar kotak penalti yang membolosi sudut bawah kanan gawang.


Man Utd menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua, di minit ke-52 oleh kapten pasukan, Wayne Rooney menerusi tendangan kaki kanan dari jarak dekat ke sudut bawah menyusuli tendangan sudut.


Namun, usaha anak buah Van Gaal untuk mengatasi Swansea terbantut apabila pasukan itu menambah jaringan pada minit ke-71.


Ia dijaringkan oleh Gylfi Sigurdsson menerusi tendangan kaki kiri dari tengah kotak penalti.


Perlawanan berlangsung sengit dengan pengadil, Mike Dean, melayangkan enam kad kuning - dua kepada pemain Man Utd, Tyler Blackett (minit ke-82) dan Ashley Young (minit ke-85).


Empat pemain Swansea yang dilayangkan kad kuning - Nathan Dyer (minit ke-25); Neil Taylor (minit ke-47); Jonjo Shelvey (minit ke-53); Ki Sung-Yueng (minit ke-81).


Man Utd memulakan perlawanan dengan keadaan tidak menentu apabila terpaksa membuat penggantian awal setelah Jesse Lingard mengalami kecederaan dan Adnan Januzaj menggantikannya pada minit ke-23.


Van Gaal membuat dua pertukaran pada separuh masa kedua untuk mencari mata kemenangan, menarik keluar Ander Herrera dan menggantikannya dengan Marouane Fellaini pada minit ke-66 dan Nani menggantikan Javier Hernández pada mulai separuh masa kedua.


Sayangnya, usaha Man Utd gagal menyaingi kehebatan Swansea. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >