Jurulatih hampa jelang Piala Suzuki

Mana kelebihan main di padang sendiri?

ENAM minggu sebelum mempertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki sebagai hos bulan depan, pasukan bola sepak negara masih belum dapat bermain dan berlatih di Stadium Negara yang baru.

Sehingga kini, hanya satu perlawanan persahabatan sahaja yang telah dijadualkan di Singapura - pada 17 November - dengan lawan yang masih belum diumumkan dan lokasi yang belum ditentukan.

Kekurangan masa latihan dan permainan, demi menyesuaikan diri dengan padang baru itu, berpotensi mensia-siakan kelebihan yang dimiliki Singapura selaku tuan rumah.

Menggaris keprihatinannya, ketua jurulatih nasional, Bernd Stange, hampa hasrat berlatih untuk menyesuaikan diri dengan padang dan sekitaran yang baru tinggal impian sahaja buat masa ini.

"Sangka saya stadium ini dibina untuk bola sepak, tapi ia lebih digunakan untuk acara lain seperti konsert,"

"Tapi saya enggan terus mengeluh tentang hal ini, biarlah kita memandang ke depan," kata jurulatih asal Jerman itu, yang ditemui di sesi latihan sebelum cuti Hari Raya Aidiladha 

 

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk laporan penuh.

Ingin langgan pakej Berita Harian (BH) Semua-Dalam Satu (Akhbar + Online + iPad + Android + HTML5)? Lungsuri http://www.bhsub.sg atau hubungi 6388 3838. 

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.