LONDON: Pep Guardiola bakal bertembung dengan segelintir sahaja pengurus pasukan lawan yang telah sering mengatasinya apabila Manchester City bertandang ke Liverpool pimpinan Jurgen Klopp dalam pertemuan paling panas menjelang Tahun Baru.
Klopp merupakan duri dalam daging kepada Guardiola semasa kededuanya bersama kelab Bundesliga - dengan Borussia Dortmund pimpinan jurulatih Jerman itu mengatasi Bayern Munich pimpinan jurulatih Sepanyol tersebut sebanyak empat kali dalam lapan pertemuan.